Laras Sales & Marketing

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Laras Mocha Latte with Hazelnut

Laras Mocha Latte with Hazelnut

 

LARAS Mocha Latte with Hazelnut - Bagi penggemar kopi, kami menghasilkan Kopi Moka dengan kacang hazel yang ditambah dengan rasa koko...

BoBoiBoy Koko

koko-pouch-newMinuman pra-campuran koko terbaru dari LARAS! BoBoiBoy Koko adalah minuman pra-campuran koko yang kaya dengan kebaikann, berkhasiat serta meningkatkan tenaga...

LARAS Chai Latte Special Blend

NikmaChai Latte Special Blendsti hari anda dengan secawan LARAS Chai Latte Special Blend Kepada penggemar teh, Chai Latte dengan ramuan istimewa dari LARAS pasti menggamit perasaan anda. ...

LARAS Coffee with Tongkat Ali & Ginseng

Laras Coffee with Tongkat AliLARAS Cofffee with Tongkat Ali & Ginseng Minuman ini dicipta khas bagi penggemar kopi. Rasanya lazat serta aromanya yang menyegarkan membuatnya sukar dilupakan. ...

You are here: Herba di dalam Laras Tongkat Ali
Eurycoma Longifolia

AKAR TONGKAT ALI



Tongkat Ali atau nama saintifiknya dikenali sebagai Eurycoma longifolia, adalah tumbuhan asli yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Ia digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti seperti sakit kepala dan luka-luka. Ia juga mempunyai anti-tumor, anti-keradangan dan anti-oksidan. Tongkat Ali juga telah terbukti untuk meningkatkan peredaran darah meningkatkan libido lelaki dan keupayaan seksual, menguatkan otot, meningkatkan anti-oksida untuk memperlahan proses penuaan.


Kajian menunjukkan bahawa hormon testosteron yang bertanggungjawab untuk keupayaan seksual lelaki akan mula beransur-ansur menurun apabila seorang lelaki mencapai umur 30 tahun. Bahan kimia yang terdapat dalam akar Tongkat Ali iaitu eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol adalah penting untuk meningkatkan tahap hormon testosteron. Ia juga membantu meningkatkan kadar aliran darah dan kadar metabolisme.


Proses pengeluaran 'kering beku’  moden kini digunakan untuk membolehkan pengguna untuk selamat menikmati Tongkat Ali tulen. Kualiti Tongkat Ali yang terbaik adalah ekstrak akar tumbuhan yang tulen dan larut sepenuhnya di dalam air. Peningkatan dalam kesihatan lelaki akan menjadi ketara dengan pengambilan ekstrak Tongkat Ali yang berdasarkan kepada dos yang disyorkan.


Di laras, kami mempunyai ladang kami sendiri dan loji pemprosesan Tongkat Ali untuk memastikan produk yang berkualiti tinggi dan konsisten. Akar Tongkat Ali yang dituai diambil dan dihantar ke kilang kami di Shah Alam untuk diekstrak. Kami menggunakan proses ‘kering beku’ di mana setiap 100kg akar Tongkat Ali akan menghasilkan 1kg ekstrak larut air yang tulen.