Laras Sales & Marketing

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Laras Mocha Latte with Hazelnut

Laras Mocha Latte with Hazelnut

 

LARAS Mocha Latte with Hazelnut - Bagi penggemar kopi, kami menghasilkan Kopi Moka dengan kacang hazel yang ditambah dengan rasa koko...

BoBoiBoy Koko

koko-pouch-newMinuman pra-campuran koko terbaru dari LARAS! BoBoiBoy Koko adalah minuman pra-campuran koko yang kaya dengan kebaikann, berkhasiat serta meningkatkan tenaga...

LARAS Chai Latte Special Blend

NikmaChai Latte Special Blendsti hari anda dengan secawan LARAS Chai Latte Special Blend Kepada penggemar teh, Chai Latte dengan ramuan istimewa dari LARAS pasti menggamit perasaan anda. ...

LARAS Coffee with Tongkat Ali & Ginseng

Laras Coffee with Tongkat AliLARAS Cofffee with Tongkat Ali & Ginseng Minuman ini dicipta khas bagi penggemar kopi. Rasanya lazat serta aromanya yang menyegarkan membuatnya sukar dilupakan. ...

You are here: FAQ

Soalan & Jawapan

 

1. Siapa yang memerlukan LARAS Euryco Extract?

Laras Euryco Extract ini disyorkan bagi mereka yang melakukan kerja-kerja berat yang memerlukan keupayaan fizikal yang tinggi dan kecerdasan mental seperti ahli sukan, atlet, eksekutif, pelancong jarak jauh, pekerja dan sesiapa sahaja yang perlu berasa cergas. Pada asasnya laras Euryco Ekstrak adalah sesuai untuk sesiapa yang memerlukan tenaga tambahan, ketangkasan dan kecerdasan mental untuk menghadapi aktiviti harian.

Satu laporan klinikal yang dilakukan ke atas produk kami menunjukkan bahawa laras Euryco Ekstrak adalah sangat berkesan dalam meningkatkan dan memelihara testosteron bagi lelaki berumur 30 tahun dan ke atas. Testosteron dapat meningkatkan libido, fungsi seksual dan kecergasan manusia.



2. Berapa lamakah diperlukan untuk LARAS Euryco Extract memberi kesan ?

Dari hari ke 3 sehingga seminggu selepas pengambilan LARAS Euryco Extract. Bergantung kepada tahap kondisi fizikal serta cara hidup individu. Kesannya lebih cepat diperolehi oleh individu yang kerap melakukan aktiviti fizikal



3. Adakah kesan positif yang diperoleh akan terhenti selepas saya berhenti mengambil LARAS Euryco Extract ?

Kesan-kesan positif secara beransur-ansur akan hilang dalam masa 3 hari seminggu selepas berhenti mengambil. Walaupun begitu, ia akan kembali meningkat selepas mengambil LARAS Euryco Extract kembali.



4. Adakah wanita boleh mengambil LARAS Euryco Extract?
Pasti Ya! Wanita juga perlu beberapa testosteron untuk tenaga dan menyokong lebih banyak aktiviti lasak tetapi ia adalah disyorkan bahawa dos yang lebih rendah. LARAS Euryco Extract juga telah menunjukkan ia mengandungi bahan kimia tumbuhan yang menunjukkan ciri-ciri sel yang dapat menghalang pertumbuhan kanser payudara.



5. Adakah terdapat kesan sampingan dengan pengambilanLARAS Euryco Extract?
Berdasarkan penyelidikan dan maklum balas daripada pengguna, TIADA kesan sampingan atau kemudaratan yang terjadi.

 


6. Adakah benar badan akan terasa kering selepas mengambil LARAS Euryco Extract ?

Terdapat individu yang berasa sedemikian di peringkat awal pengambilan, ini kerana Tongkat Ali adalah 'termogenik' yang menghasilkan haba. Walau bagaimanapun, keadaan adalah berbeza bg setiap individu. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya minum lebih banyak air. Rasa ini akan hilang setelah badan telah menyesuaikan diri dan berasa lebih baik selepas mengambil LARAS Euryco Extract .


7. Bilakah masa yang paling sesuai untuk mengambil kapsul LARAS Euryco Extract?
Selepas makan, pagi atau malam, atau sebelum membuat aktiviti fizikal yang lasak



8. Saya telah mengambil selama beberapa minggu, tetapi tidak memperoleh apa-apa kesan. Apakah sebab-sebabnya?
Gaya hidup, seperti diet tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal dan meminum arak akan mengurangkan testosteron. Mereka yang dalam kumpulan ini mengambil masa lebih lama untuk mencapai tahap yang baik dan testosteron seterusnya mendapat manfaat daripada LARAS Euryco Extract .



9. Bolehkah orang-orang yang menderita dari penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi mengambi LARAS Euryco Extract ?

Tidak ada masalah. LARAS Euryco Extract adalah berguna untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh serta dapat mengurangkan masalah ini bagi mereka. Walau bagaimanapun, mereka perlu berjumpa doktor dengan kerap untuk pemeriksaan dan pemantauan kesihatan



10. Adakah saya akan ketagih dengan Tongkat Ali?
Tidak, walaupun dengan pengambilan yang kerap.



11. Bolehkah overdos Tongkat Ali terjadi?
Kajian saintifik telah menunjukkan LARAS Euryco Extract larut air dan selamat walaupun dalam dos yang tinggi. Lebihan Tongkat Ali akan keluar secara semula jadi daripada badan melalui air kencing dan peluh.